Wednesday, August 27, 2008

Tak Perlu Bendera Kecil Di Kenderaan

Kelmarin aku memandu pulang dari Kuala Lipis ke Jerantut. Tengahari membosankan. Aku alergik pendingin hawa. Tapi cuaca panas keterlaluan. Aku harus sabar. Cuaca lembab lebih menakutkan kadang-kadang.

Di pertengahan jalan selisih bepuluh-puluh motorsikal. Hadapan sekali ada empat marshal. Mereka berkonvoi. Setiap motorsikal tercacak bendera Malaysia. Pelbagai saiz. Belakang sekali ada empat lagi marshal.

Acara istimewa sempena bulan merdeka barangkali. Jika tidak masakan begitu. Mereka tunggang biasa-biasa sahaja. Di antara mereka ada juga bikin aksi bahaya mengangkat tayar hadapan. Aku sepatutnya kagum. Tapi tidak.

Beberapa puluh meter di hadapan, tidaklah terlalu jauh, terlihat aku beberapa Jalur Gemilang bersaiz kecil. Bertaburan di muka aspal. Tak siapa juga berhenti dan kutip sebagai tanda sayang dan hormat. Semua kenderaan laju-laju. Tentulah termasuk aku.

Aku tidak pernah memasang bendera pada kenderaan. Tidak perlu. Namun bendera Malaysia selalu berkibar dalam hati. Aku tak punya tanah air lain selain ini. Kalau takdir tanahair ini dilanggar, di sinilah aku akan berkubu.

Mantan PM yang masih hidup itu ingin berhijrah ke luar negara jika mantan TPM yang menang semalam benar-benar jadi PM. Tapi aku tak punya pilihan. Namun aku sayang tanahair ini bukan kerana tiada pilihan.

5 comments:

Cheguman said...

Masa kecik2 dulu, di Jengka aku selalu tgk wayang pacak. Balik tgh malam sorang2. Ada sekali tu, aku ternampak lembaga kat dpn rumah kosong. Tunggang langgang aku lari. Esoknya baru aku tahu bahawa lembaga tu sebenarnya bebayang pokok je.

Tapi cerita tu tak le seteruk TDM yg takut dgn bayang2 sendiri sampai nak lari keluar negara.

(Ada kisah berkenaan dalam blog waadat)

Anonymous said...

Salam kenal...

"Aku tidak pernah memasang bendera pada kenderaan. Tidak perlu. Namun bendera Malaysia selalu berkibar dalam hati. Aku tak punya tanah air lain selain ini. Kalau takdir tanahair ini dilanggar, di sinilah aku akan berkubu..."

kite suke ayat nih, patriotik sungguh... bole 'copy' tak utk diri sendiri?

Rahimin Idris said...

demang,
dah lama wayang pacak tak ada. last 18 thn dulu..

manje,
terima kasih. boleh...

Kikuri-hime said...

Waaa.. this is the new side of u!

Wardrobe kita said...

takut pada bayang2..berani kerana benar la..buat apa nk lari..