Saturday, September 6, 2008

Tak Ada Jalan Keluar?

Alangkah lucu. Aku sebenarnya sudah tidak minat melayan bajet sejak beberapa tahun ke belakangan inilah. Sebab ia macam tidak mendatangkan apa-apa sangat. Hari ini umum bajet, esok barang naik harga macam setan juga. Apalah yang aku tahu selain kerja, dapat gaji dan belanja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tiap saat kos sara hidup meningkat. Harga barang semakin mahal. Itu masalah global katanya. Negara kita makmur dan mewah. Tuhan Maha adil. Tentu ada yang jadi pemerintah. Ada yang perlu jadi tukang sapu. Masing-masing ada tugas. Semua itu ibadah. Namun kalau hanya golongan bawahan yang menjadi tapak piramid negara sahaja selalu tertindas teruk tentulah tak adil.

Perihal pemerintah mahu rakyat jimat cermat dan jaga kesihatan memang bagus. Maka kerajaan naikkan lagi cukai rokok. Itu tidak bagus. Yang untung bukan rakyat perokok. Pengeluar rokok pula tak rugi juga. Siapa yang rugi? Kerajaan juga. Penyeludup tambah kelam-kabut seludup rokok murah. Rasuah bersepah-sepah dipintu masuk.

Sepatutnya untuk menjaga poket dan kesihatan rakyat kerajaan sewajibnya haramkan terus rokok. Tutup kilang rokok. Tukar ladang tembakau jadi sawah padi atau kebun kelapa atau apa-apa sahaja. Begitu juga dengan arak yang memang nyata sudah haram. Mengapa ia tak dilakukan? Bukankah lebih mudah? Tak beranikah?

Sebab kerajaan tahu; itu juga yang datangkan untung. Rokok dan arak. Mereka ambil kesempatan di atas ketagihan perokok. Sama macam si miskin yang menagih harapan dan janji politikus saban hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun dan saban zaman. Bukankah ini semua hanya permainan?

8 comments:

man_helang said...

politik bro...apapun yg mereka cuba sampaikan mesti ade makna disebaliknya...

poyotito said...

pusing-pusing rokok jugak naik harga.
panas je keh..


panas tak panas pun beli juga.

Redz da Tsar said...

haha...
Aku sokong...
Baik haramkan terus je dari dijual... Tapi pastu bankrup la kerajaan... Sumber utama kewangan negara dari duti eksais la...: Rokok, arak, kereta dsb...

Rahimin Idris said...

man helang,
rakyat cuma massa kan?

poyotitos,
hahaha gua gulung je!

wan,
betul kan?

alif-mikail said...

Politik yang Polemik ..menjadi epidemik

S.YanaZ said...

Permainan duniawi...
Mereka mengejar duniaaa.

Biarkan.Biarkan.
Biarkannnn...???

Antusabun said...

agak mustahil gomen nak haramkan rokok or arak. Besar tu dia punya cukai

Antusabun said...

politik malaysia? huh!!