Monday, August 25, 2008

Mempermain-mainkan Tuhan

Sekarang musim bermain bersumpah. Memohon laknat jika salah. Cabar orang lain beradu sumpah. Mengapa? Dengan bersumpah individu itu telah pun bersih dan dapat meyakinkan umum bahawa dia sangat benar?

Jika begitu mudah, bersumpahlah. Lagi pun selalunya Tuhan tak pernah menurunkan bala kepada si penyumpah itu sejurus ia dilafazkan. Tak pernah ada setahu aku. Kalau kisah Si Tenggang atau Malim Kundang bukan dongengan, barangkali hanya itulah peristiwa suatu sumpah termakbul sekelip mata. Itu pun ia doa seorang ibu yang sangat ikhlas.

Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Mereka fikir laknat Tuhan itu lambat. Mereka sempat bertaubat. Lalu Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun itu berasa belas. Segala laknat dan kehinaan akan sirna begitu saja. Nah, jika ia menguntungkan apa salahnya? Lagi pun bukankah ia tidak termasuk dalam senarai tujuh dosa besar?

Jika niat sumpah mereka itu baik baguslah. Tapi jika niat mereka yang bersumpah itu sangat jahat, mereka sebenarnya sedang mempermainkan Tuhan yang Maha Pembalas segala tipu daya itu. Mereka sangka ia lebih mudah dari mempermainkan manusia. Mereka silap besar.

4 comments:

Cheguman said...

Blog yg menarik. Demang buat link dr waadat krn Jerantut.

Rahimin Idris said...

terima kasih cikgu...

Redz da Tsar said...

memang orang-orang yang bersumpah nie da muak jadi manusia kot... semua nak jadi sesumpah...

man_helang said...

huh...blog ko yg lama pun agak susah kadang2 aku nak faham...nih tambah lg satu yg lg tinggi ketatabahasaannya...hish...aku kene baca kamus dewanlah lpas nih...

p.s...aku ingat berblog nih leh syok2 jek...tp pepalih payah gak ek...lan dpan ingat nak stop lah...