Friday, August 22, 2008

Melontar Mata Ke Angkasa

Kalau tiba-tiba jadi kusut aku cepat-cepat keluar dan bersendiri. Menjauh dari sebarang sikap manusia seketika. Lontar saja mata ke angkasa. Langit memang perahsia. Entah apa yang tersimpan dalam diamnya. Bahasanya hanya guruh sesekali bersama-sama hujan serta angin keras terhambur dari rahangnya. Namun pernah juga tak lebih sekadar gertak guruh semata.

Tapi dalam kusut aku lebih senang dengan langit yang sedikit redup tapi cerah. Berangin peramah lagi tersenyum. Langit yang semacam membuka tempurung otakku. Semacam cuba membuat aku tambah percaya. Bahawa masih ada jalan keluar. Bahawa menanti satu noktah yang baik bagi setiap permainan hidup.

Penyair besar Yunani bernama Homerus itu pernah percaya wujudnya Dewa-dewa di langit. Jumlahnya sebanyak taburan bintang yang menjelma kala malam. Malah percaya pula adanya janakuasa besar di balik ribuan, atau mungkin jutaan dewa itu. Dewa Besar itu bernama Apollo.

Warna langit sebenarnya hitam. Itu bukan mitos. Namun apa sebenarnya yang bikin Homerus percaya di sana Apollo sedang menggerak segalanya?

9 comments:

alif-mikail said...

dalam diam²...

Rahimin Idris said...

aliff-mikail,
sila mandikan arnab aok tu!

lutfi said...

Waduh, berfalsafah pak. Suatu ketika dahulu, Homer dan para penyair dianggap sebagai sumber ilmu oleh orang Yunani. Namun, dengan kedatangan falsafah, bermula dengan Thales dan kemudiannya dengan kemunculan tiga serangkai Socrates, Plato dan Aristotle - Homer dan penyair yang lain tidak lagi dianggap sebagai sumber ilmu.
Dalam kes Homerus ini, aku rasa, sebarang usaha mendapatkan kebenaran, harus dipandu oleh wahyu dan sunah. Jika kita dipandu oleh daya rasional, kita harus sedar yang akal itu kemampuannya terhad. Jika kita dipandu oleh empiris, maka, pancaindera menipu kita. Tetapi jika kita membiarkan diri dipandu oleh al-Quran, maka, bukankah Allah itu maha pengasih?
Salam bro.

S.YanaZ said...

Wahai Penyair Rahimin,

gua hanya mao senyummm di sini.

Rahimin Idris said...

lutfi,
ya. tapi homer semacam pencetus juga. thales membuka pintu. zaman moden sudah tentulah decartes.
tapi mereka tetap manusia yang menggunakan fikiran ke tahap yang mengkagumkan. mereka hanya filsuf. bukan rasul. kebenaran manusia bukan mutlak. tentulah ada perbezaan dengan filsuf-filsuf islam. al-quran tentulah sentiasa relevan.

kau pernah baca 'a history of god' karen armstrong? tapi malaysia dah banned. mana nak cari?

Rahimin Idris said...

s.yanaz,
hahaha aku bukan penyair la!

lutfi said...

History of god - kalau dekat K.L, cuba hang pi cari terjemahan dia di Pustaka Indonesia Masjid India. Kalau versi inggeris, aku rasa dah tak dak jual.

lutfi said...

Rahimin,
aku lebih suka menggunakan istilah 'filsuf-filsuf muslim'. Aku rasa istilah itu lebih tepat, iaitu ahli falsafah yang menganut agama islam. Begitu juga dengan falsafah muslim, bukan falsafah Islam.
Tentang Descartes, memang mamat ni dikagumi di barat kerana berfungsi seperti Socrates, membawa dunia pengetahuan kembali kepada rasionaliti. Dunia falsafah Barat sebenarnya macam tayar kereta, berpusingh-pusing sahaja. Sebelum kedatangan Socrates, puak Sophist mencorakkan wajah falsafah mereka. Kini, puak sofis kembali mencengkam, sehingga menganggap kebenaran tidak ada. Yang ada hanya pendapat. Dan, dalam masa yang sama, ramai penulis kita, khasnya pengkritik filem dan sastera, menjadi sophist. Bayangkan, al-Quran pun, mereka lihat hanyalah teks, tak ada tafsiran yang paling benar....aku risau melihat perkembangan ini. Absolutisme perlu menjadi teras kepada relativiti.
Oi, hang minat Cranberries?

Anonymous said...

intriguingly rare..