Tuesday, August 26, 2008

Knocking On Heaven's Door

Ketika aku terus bergelut mahu belajar dan cuba membawa keluarga keluar dari labyrinth kemiskinan, sekitar rumah Mak aku ada dua orang jiran yang aneh. Memang semua manusia pun aneh. Tapi tak seaneh mereka. Mereka sama macam aku. Maksudku, orang Melayu beragama Islam. Biarlah aku menamakan mereka Pakcik A dan Pakcik B sahaja.

Apabila UMNO diharam dan lahir Semangat 46 yang bergabung bersama-sama PAS membentuk APU (Angkatan Perpaduan Ummah), Pakcik A sangat marah. Beliau memang anti PAS sejak sekian lama. Bagi beliau PAS adalah perosak bangsa dan Negara. Ketika itu beliau tak lagi makan tembikai bewarna kuning.

Pakcik B juga aneh. Jika hampir pilihanraya lebih anehlah sikapnya. Beliau lebih rela sembahyang Jumaat atau Hari Raya di kawasan lain jika Imamnya orang UMNO. Begitu juga dalam hal kenduri-kendara.

Tapi anak-anak mereka yang masih bersekolah tidak pula aneh. Mereka boleh berkawan dan bermain bersama-sama. Sama seperti kebiasaan kanak-kanak lain. Bergaduh dan berbaik kembali.

Mengapa fikiran mereka sebegitu? Sedangkan kehidupan mereka sama sahaja. Saban hari perlu bekerja mencari rezeki sendiri. Anwar Ibrahim atau Pak Lah tak pernah pula menghantar walau sekampit beras pun kepada mereka setiap minggu.

Hanya jarang-jarang dapatlah mereka makan percuma apabila ada juak-juak orang politik yang tabur sedikit umpan. Hanya itu sahaja?

6 comments:

fatah85 said...

betul2..sokong sangat2..
tapi,,hmm, entahlah...

man_helang said...

itulah kadangkala otk manusia nih terlalu dangkal...hal2 begitupun ingin di peningkan, sedangkan kita tahu iman kita boleh terjejas jika kita memutuskan silaturrahim sesama agama...kadangkala aku rasakan bdk2 lg bagus sifat dan perangai mereka...namun jika terlalu terdedah dgn persekitaran begitu, tdk mustahil bila besar nanti mereka juga akan terikut2 dgn sikap kejumudan tersebut...

lutfi said...

Gun n roses----best la lagu tu. Itu mungkin perangai generasi lama dak...ada lagi ke perangai macam tu dlm generasi kita...salam

S.YanaZ said...

Dem!
Gua suka banget ini lagu...

Rahimin Idris said...

fatah,
aku pun tak tau!

manhelang,
kadang-kadang ya. anak muda juga bertumbuk pasal politik.

lutfi,
salam..ada lagi. tapi yang berakal panjang, tak mudah terjebak dalam hal macam ni. aku suka diam saja.

s.yanaz,
haha lagu ni kalau layan satu gitar pun dah best!

Anonymous said...

sekali lagi.itulah yang saya sering fikirkan bila berada di tempat awam.kita rakyat bergaduh, rosal akal fikiran kerana ta'sub pada ideologi politik yang sebenarnya bukan untuk kita. lebih kepada mereka yang punya kepentingan semata-mata. Mereka nak terus ada kuasa dan sebenarnya rakyat tak lebih dari alat. Alat untuk 'MEREKA' capai impian.