Friday, December 3, 2010

Entah Demi Apa

Kadang kala. Ada juga masa-masanya, saya mahu menulis hanya untuk diri sendiri. Dari huruf pertama hingga huruf yang terakhir – hanya untuk diri sendiri membacanya. Itu memang suatu perasaan yang sukar ertikan oleh siapa-siapa.


Tetapi begitulah juga selalunya. Jarang-jarang sungguh saya mencoret untuk manusia lain di sini. Atau untuk makhluk lain. Atau untuk benda lain. Untuk wang, contohnya.


Kalau saya kata: saya menulis demi Allah – kedengarannya amat membesarkan diri ini secara yang amat sangat pula. Walau pun itulah pun sewajibnya. Tetapi siapa yang tahu niat saya?


Demikianlah. Entah demi apa semua yang saya lakukan ini? Demi agama, bangsa dan negara? Lebih baik saya mengaku kerana mahu bayar bil dan makan nasi.


Saya pikir; saya hanya tulis semata-mata. Selebihnya Allah yang maha kreatif pula akan mengatur semuanya – apa juga penyudahnya.



3 comments:

fatin elina said...

Teruskan menulis!saya setia membaca.kerana sangat kagum
dengan gaya penulisan encik.kadang2,
menjadi sumber inspirasi untuk bersemangat dalam hidup. ;)

Lily Abdullah said...

Kadang2 akak juga punya rasa yg sama.

Rasa mahu tutup kotak komen hahaha!

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel