Thursday, November 20, 2008

Belum Ada Judul

Beberapa hari lepas aku mimpi di tahan ISA. Menakutkan. Iya, itu cuma mimpi. Tapi tetap mendebarkan jika kau lalui.

Tapi ISA rupanya macam asylum dalam mimpi aku itu. Seorang Doktor merawatku. Dan aku sembuh. Di tingkap, dari dalam kamar ternampak beberapa orang gila mundar mandir. Langsung tak melucukan.

“Bila keluar, apa perkara pertama awak nak lakukan?” Doktor tanya. Aku sudah sembuhkah? Bila masa doktor ini merawatku?

“Saya mahu tulis buku. Tentang doktor. Tentang tempat yang buruk ini.”

Memang tempat itu buruk benar-benar. Langsung tiada warna. Bukankah itu mimpi Cuma? Mimpi memang tak punya warna. Macam harapan tak kesampaian.

Bila sadar perut aku sangat lapar. Mata aku tak macam mata serigala liar. Di dinding cuma banyak tompokan darah nyamuk yang aku tampar setiap pagi bila terjaga. Antara catatan-catatan arwah ayah perihal belanja dapur dan pendapatan jualan getah sekerap saban minggu yang sangat sedikit hasilnya.

Tapi ayah sudah enam tahun berpulang. Hutangnya sama Felda sudah langsai. Darah dan masin keringatnya menjalar ke seluruh dunia di hirup entah siapa-siapa.

Ah, dalam dunia ini memang banyak parasit rupanya.
Dan mata aku tak macam serigala liar!

4 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Mimpi yang mendebar, yang membadai jiwa. Aku juga serasa bergetar sebaik membaca sebaris pertama. ngeri ...

Wardrobe kita said...

Bang aku sedikit selow..ssh aku nk paham..aku pun tanak komen pape..aku just baca..mimpi kadang peringatan pada kita dari-Nya.

Rahimin Idris said...

rozlan,
memang takut. walaupun mimpi.

qaseh,
banyak suara tak sampai. aku tak harap kau faham tulisan2 di blog ni. tapi terimakasih sebab baca.

Anonymous said...

~ dreams and premonition, how are they related? entah lah aku pun tak arif bidang kuasa ni tapi ianya sesuatu yang sehingga kini menjadikan aku lebih berhati-hati dan waras fikiran kerana terlalu banyak yang telah aku tempuhi..itu yang telah..yang akan datang belum lagi..
dan aku selalu mengingatkan diri aku.. you're just a drop in the ocean so welcome to the real world..