Wednesday, October 8, 2008

Selamat Hari Raya Dunia

Selamat Hari Raya Dunia
di palestin barangkali zionis sedang bersarapan pagi
menghirup darah panas anak-anak kecil
meratah daging mentah muslimin muslimah
menyimbah setiap inci tanah
dengan kencing dan najis.

Selamat Hari Raya Dunia
Iraq makin tenat
derita rakyatnya entah berapa kali lipat
roh Saddam entah apa khabarnya
pembunuhan adalah dinar dan dollar
buat Uncle Sam dan rakan-rakan.

Selamat Hari Raya Dunia
rabak sudah Afghanistan yang menyimpan
terroris berjanggut lebat
ancaman keamanan sejagat
simbol kejahatan maha dahsyat
monster ciptaan CIA.

Selamat Hari Raya Dunia
Thailand, Filipina, Afrika dan di mana-mana sahaja
saudara-saudaraku yang kelaparan tertindas
aku kirimkan doa dan harapan
agar maruah yang terampas
kembali ke pangkuan.

Selamat Hari Raya Dunia
dari Malaysia yang kenyang dan mewah
yang saban tahun dari dapur-dapur rumah terbukanya tercurah
bertan-tan gula berliter-liter air
berkilo-kilo daging berpingan-pingan nasi
ke longkang dan tong sampah!

16 comments:

Ojie said...

kita terlalu mewah di sini tp kadangkala masih ada yg xtau nk bersyukur lg..

alif-mikail said...

Bro rahimin..
Koi rasa elok aok hantar ke berita harian.. power ni bro..

setitis air mata tumpah..
segumpal darah merah..

setiap satu dariNYA kembali kepadaNYA...

182 said...

sebab tu la kita kena sentiasa beringat, bukan untuk diri sendiri jer tapi untuk keturunan masa hadapan..

Anonymous said...

jangan berhenti menulis di sini
update selalu..

yoshz said...

Puaka tebing barat!!

Bagus pantun kau ni. insaf kejap.

Wardrobe kita said...

bro min..
ada benarnya..
ada betulnya..
kita sering lupa akan nikmat yang diberikan..
hanya tahu menerima tapi tak tahu bersyukur..

dzul said...

buat copy..hantar ke utusan, berita harian..

kau dah tak hantar puisi ke akhbar ke sekarang?..kekadang aku belek juga..kot2 ada masuk sajak ko

Nuruddin Abu Bakar said...

Puisi la bukan pantun.Yoshz budak fizik. Haha.

Lily Abdullah said...

Kan dah cakap..saya suka yang sebelah hitam ni.

Min..selamat hari raya. Kamu pemuisi rupanya.

Cheguman said...

Bukan tak sedar apa yg Rahimin nukilkan tu, tapi 'tak mampu' nak menentang arus... dan nafsu sendiri!

Rahimin Idris said...

Kepada semua,

Sebab sajak ni tak ada sifat ambiguity dan penyampaiannya sedehana, semua mudah nak faham. Tak la didaktif pun. Kebetulan masa kemas-kemas rumah raya baru ni, banyak betul sisa air dan makanan. Bila ingat pasal negara lain dan orang miskin yang ada di Malaysia ni, aku jadi insaf sekejap dan rasa macam membazir sangat bila kita beraya. Aku pun tulis untuk diri aku.

Rupaya rumah orang lain macam tu juga. Aku anggap sajak ni tak bersifat peribadi lagi. Kalau dihimpun semua makanan tu tiap-tiap rumah boleh dihantar berkapal-kapal ke Afrika barangkali!

Terima kasih pada yang baca. tak layak keluar mana-mana surat khabar rasanya sajak ni. Mentah sangat.

Don Balon said...

Min..
memanc betul kiter ni dari bulan poser lagi membazir..bazar ramadhan merata-rata..
sampei la ke rumoh terbuka..

prosa pendek satu min...

Kikuri-hime said...

Puisi ni memang gambaran reality. Aku rasa, kat malaysia ni banyak bala sbb kita sendiri yg memulakannya. sbb terlalu leka ngn kemewahan...

Tadak didaktif? Alaaa, kalau didaktif pun apa salahnya? Mmg ada kebenarannya.. Kongratulasi!

rOhock said...

gua tak tahu apa nak komen dah...bagi salam je la...salam...

man_helang said...

sedap bro...tak anto kat bro denanz ker???

Cheguman said...

Assalamualaikum,

Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

http://deklarasijandabaik.blogspot.com

Satu usaha memartabatkan para bloggers dengan menjejak dan mengumpulkan para sahabat untuk berjuang.

Terima kasih.