Friday, December 12, 2008

Saudagar Mimpi

Hari yang kurang bagus. Terlalu banyak kerja. Hendak bernafas pun rasa tidak sempat. Kadang-kadang aku cuma dapat menulis satu atau dua mukasurat sahaja.

Membaca juga semakin kurang. Badan dan otak yang letih memang tidak mampu menghasilkan apa-apa produk kecuali tidur dan mimpi.

Tetapi mimpi kalau kita mampu lukis atau tulis, boleh jualkah?

Hari ini banyak janji-janji yang ditabur manusia tidak lebih dari sekadar mimpi sahaja. Harapan palsu. Dan berulang-ulang manusia yang bodoh tertipu gara-gara malas berfikir.

Mereka jual, kita beli. Sebab kita mahu. Sebab kita malas belajar walau ditimpa musibah berkali-kali. 15 tahun dahulu aku dan Madi tergamam bila lihat berita kondo runtuh. Hari ini aku tidak kisah lagi.

Mereka tidak belajar kejuruteraan tanah kah? Owh, ya. Seorang pengacara tivi cakap mari kita diskusikan dalam skop yang lebih luas bila seorang pemanggil bangkitkan soal agama dalam hal ini. Agama kita belum cukup luas eh?
HA HA

3 comments:

Fadh Rahman said...

mimpi indah tak semestinya indah juga di alam nyata...sebab tue laa kejadian yang sama berulang bila mimpi yang tanah takkan runtuh.

Wardrobe kita said...

Manusia sering tertipu dgn wang ringgit..Agama, maruah dan harga diri smua tak lagi diletakkan dihadapan. Apa yang penting wang yang masuk n keluar poket..No money, no talk!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Bermimpi lebih indah dari menghadapi kenyataan...