Friday, January 1, 2010

Senyumlah 2010

Hari-hari adalah hari ini sebenarnya. Setiap hari aku merasakan begitu. Sebenarnya setiap hari pasti sahaja waktu itu lalu, dan tiap detik yang telah jauh jatuhnya itu, aku cuba kutip kembali dan simpan di kotak ingatan. Begitu juga waktu-watu mendatang, jika masih panjang – aku cuba ramalkan, cuba lukiskan dengan mimpi-mimpi yang tak pasti bak kaki langit yang entah di mana letaknya.

Aku selalu mengenang apa yang telah tiada. Dan aku menyayangi apa juga yang masih punya di sisi. Kadang-kadang aku senang dengan kehidupan. Kadang-kadang hampir membencinya. Tapi setiap kenangan yang aku kutip sepanjang jalan-jalan kehidupan, selalu juga kembali membuat aku tersenyum. Meski pahit juga kadang-kadang menelannya. Semoga aku berusaha untuk tetap tersenyum hingga ke dalam hati sekalipun.

Tetapi apalah yang kita semua ada, selain kenang-kenangan juga?

Selamat tahun baharu 2010, sobat sekalian.

2 comments:

hafiz abdul said...

aslkm hidup ini milik tuhan kita hanya pelakonnya sahaja

Anonymous said...

'Tetapi apalah yang kita semua ada, selain kenang-kenangan juga?'

~ well said..